Salah Satu Ciri Orang yang Positif adalah BERSYUKUR – Kata Kata Semangat

Kenapa bersyukur itu salah satu daripada ciri orang yang positif?

Orang positif akan sentiasa menerima apa jua keadaan walaupun baik atau pun sebaliknya.

Hadapi semuanya dengan tenang dan redha atas segala apa yang datang.

Kita ambil contoh apabila kemalangan berlaku. Orang yang negatif akan beremosi dan berkeluh kesah. Orang yang positif akan tenang dan tahu segala apa yang terjadi ada hikmah besar disebaliknya.

Mungkin kemalangan itu menyelamatkan dia dari kemalangan yang jauh lebih besar hingga boleh mencabut nyawa? Jadi setiap apa yang terjadi, haruslah anda bersyukur.

InsyaALLAH, tarikan positif bersyukur itu akan menjadi tarikan kepada perkara-perkara positif yang lain kepada diri. Wallahualam!

kata kata semangat