Fikirkan Hal-Hal Yang Paling Hebat, Dan Kamu Akan Menjadi Terhebat. Tetapkan Minda Pada Hal Tertinggi, Dan Kamu Akan Mencapai Yang Tertinggi. – Kata Kata Semangat
Anda tahu tak, minda tanpa sedar dalam diri anda boleh menolong anda mencapai tujuan anda.
Caranya mudah sahaja, dengan berlatih dengan membayangkan apa yang anda mahukan.
Pastikan apa yang anda fikir itu adalah perkara yang positif.
Dan semasa latihan itu, anda harus tenangkan diri anda.
Bayangkan apa yang berlaku dan apa kejayaan yang anda dapat.
Jika anda latih diri anda selalu, dengan secara automatik, diri anda akan bekerjasama dengan minda positif anda untuk mencapai kejayaan.
Anda boleh baca bahan bacaan berkaitan dengan minda separuh sedar untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Sila share “Ayat Motivasi” ini jika ia bermanfaat untuk anda dan teman anda.