Pada tetangga dan juga saudara,
Jangan kita berlagak sombong,
Nanti susah menimpa kita,
Mereka juga yang akan menolong. – Kata Kata Semangat
Tak perlu kita sombong dengan orang lain.
Hidup ini seperti roda, adakalanya kita di atas dan adakalanya kita duduk di bawah.
Kita tak tahu penghujung kita bagaimana. Rendahkan diri bersama-sama dengan orang lain.
Mana tau satu hari nanti kita perlukan mereka.