Bila bercakap jangan main lepas,
Macamlah awak paling gagah,
Hari ini kita di atas,
Entah esok kita di bawah. – Kata Kata Semangat

Jaga lisan anda. Jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati orang lain.

Tak ada gunanya anda berbuat demikian.

Adakah kepuasan diri yang anda cari dengan mencerca atau merendahkan mereka?

Ingat, satu hari nanti mereka juga yang menolong anda jika anda mengalami kesusahan.

Hormati antara satu sama lain. Buangkan persengketaan.

Tak salah jika anda berbuat baik dengan orang lain.

Mungkin ada manfaat yang akan anda dapat satu hari nanti.

kata kata semangat