Kita insan semua lemah,
Hidup kita bukannya lama,
Saya nasihat janganlah marah,
Untuk ingatan bersama-sama. – Kata Kata Semangat

Sehebat mana pun anda, satu hari nanti anda akan mati juga.

Kita ini hanyalah manusia biasa. Ingatlah orang di sekeliling dan persekitaran anda.

Hiduplah bermuafakat sesama kita. Satu hari nanti mungkin anda perlukan bantuan mereka.

Jangan sombong dan mendongak ke atas. Kita tak tahu bagaimana keadaaan kita satu hari nanti kelak.

Tak salah jika anda merendahkan diri dengan masyarakat sekeliling kita. Mana tau, hari esok kita di bawah?

kata kata semangat