Walau apa jua dugaan dan cabaran, hadapilah hidup ini dengan kesabaran. Jangan biarkan diri anda melenting dengan kesukaran dan kesusahan.
Setiap apa yang buruk, pasti ada sinarnya nanti. Bersabarlah, ada bibit-bibit kemanisan akan datang.
Indah di perkataan dan suara, tapi payah untuk di telan segala dugaan dan kesukaran. Tapi itulah lumrah dunia. Apa yang anda hadapi ketika ini, harus di hadapi dengan tabah. Samada baik atau buruk, itu yang kita terima.
Masa tidak boleh untuk kembali ke silam. Tapi apa yang terjadi, anda harus tabah hadapinya. Dan terima dengan dada yang terbuka.
Walaupun ianya pahit, telanlah juga kepahitan itu. Kemanisannya akan muncul jua.
Bersabarlah dengan keadaaan dan semoga anda yang hadapi kesusahan dan kepayahan pada tika ini, berdamailah dengan keadaan.
Anda pasti akan bangkit dengan bersemangat selepas ini. Jangan biarkan diri kemurungan dengan silam. Semoga anda sentiasa positif dalam diri.